Selasa, 26 Jun 2012

GOP ke India? Betul ni?

InsyaAllah, lagi beberapa hari kami akan ke India bulan julai ini dibawah rangka program Global Outreach (GOP). Setiap kali ana menyatakan GOP kami akan ke India, semua orang akan bertanya semula. Kenapa mesti India? Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang lebih hebat dan lebih seronok berbanding India. Kalau diletakkan dalam senarai pemilihan tempat perlancongan, ia adalah pilihan-pilihan terakhir kebanyakan orang.

Digelar Big Toilet oleh sesetengah orang, menunjukkan bahawa ianya tempat yang kotor, berdebu, busuk dan hancing. Di sana sini boleh lihat orang melepaskan hajat (baca: buang air besar dan kecil --> tak faham buat-buat faham) di tepi-tepi dinding bangunan, di bawah rimbunan pokok dan di tepi jalan. Malah dengan tabiat membunyikan hon dan dengan kepadatan manusia yang tinggi menjadikan ianya sesak, bingit lagi merimaskan. Usahlah terbuai dan asyik dengan cerita hindustan yang menjadi tontonan sedang realiti jauh dan amat berbeza dari anganan.

Jujur kata, seram sejuk dan takut untuk ke sana. Seorang yang pembersih, sukakan kedamaian mahu ke kota yang kotor dan sesak disana selama 14 hari? Woo woo woo...boleh bertahan ke nanti? Ayuhlah kita berfikir secara positif. Jika niat untuk ke sana kita betulkan..insyaAllah banyak benda boleh kami belajar. Jika niat hanya untuk melancong dan bertemu Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, tak kemana la. = =" (macam la jumpa. Huhu).

Universiti Teknologi Malaysia digelar Universiti Tarbiyyah Malaysia. Manakala India pula digelar Universiti Kemanusiaan Terhebat Dunia. Kemiskinan yang tidak tersembunyi dan pengemis tanpa lakonan  namun disampingnya juga ada masyarakat yang bermegah dengan harta melimpah ruah. Perbezaan jurang yang begitu ketara sekali di dalam masyarakatnya.

Doakan kami yang hanya seramai 9 orang (2 orang lelaki SAHAJA) sentiasa sihat sepanjang keberadaan kami disana, selamat pergi dan selamat pulang. Sila jangan tempah kain sari segala bagai okey. Backpack je. Bukan bawa bagasi untuk melancong. Harap maklum.

Eh? Kene batang hidung ka? Pi ngaji paling kurang 1 muka surat pi~

Untuk ke India memerlukan anda mempunyai Visa
Di sebabkan kami berada di Johor
Kami uruskan sendiri di Bagunan Pan Global, Johor Bahru
Bagunan warna Biru berhampiran Persada 
Sila ikut langkah-langkah di sini --> Proses membuat visa
Kami tak guna mana-mana agensi perlancongan
SENDIRIAN BERHAD semuanya dan
dengan bantuan pelajar-pelajar Malaysia di sana
Moga-moga semuanya berjalan lancar dan dibawah lindungan Allah

Tiada ulasan:

Sembang Miext '12