Pengenalan

     Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada siswa siswi UTM kepada dunia pembelajaran dan penyelidikan di luar negara. Oleh yang demikian, kami warga UTM dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) menyahut cabaran dan ingin bergerak seiring bagi menjadikan UTM sebagai universiti terpilih diperingkat negara dan dunia dengan mengadakan lawatan ke India.

     Pemilihan India adalah berdasarkan prestasi negara itu di peringkat dunia. Kejayaan sebuah negara yang dahulunya dikategorikan dalam dunia ketiga itu sebagai penganjur sukan Commonwealth 2010 melukis sejarah tersendiri di mata dunia. Kemampuan mereka melepasi halangan masalah sosial seperti rasuah, rompakan dan pengangguran menunjukkan kebersungguhan mereka untuk memajukan diri dan negara. Selain itu, teknologi mereka diakui dunia dengan kewujudan taman teknologi seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebagai contoh taman teknologi di Hydebarad dan Bangalore.


     Institusi-institusi pendidikan di India turut berjaya melahirkan pelopor-pelopor inovasi dan perniagaan di India dan dunia. Disamping itu, negara yang terkenal dengan adat dan budaya unik ini masih mengekalkan identiti mereka walaupun teknologi membangun dengan pesat. Kadar penduduk mereka yang tiada limitasi menarik minat kami melihat bagaimana negara yang besar ini mampu bersaing seiring negara maju yang lain. Oleh itu, logika-logika idea pencetus minda menggerakkan hati menetapkan india sebagai destinasi perantauan ini.

     Program ini juga bertujuan untuk memberi suatu sudut perspektif oleh mahasiswa terhadap masyarakat disana dan dalam waktu yang sama memberikan pendedahan dari aspek intelektual, kebajikan dan komunikasi serta mengubah persepsi skeptikal terhadap sesuatu.
  


Sembang Miext '12