Selasa, 26 Jun 2012

Aktiviti kewangan: Jualan di pesta konvo

Kami menyahut dan menyokong kempen Hope 2 Walk untuk tabung harapan bagi adik Annisa dan adik Annur semasa di jualan pesta konvo yang lalu. Disamping mengutip derma, kami mewar-warkan kepada pengunjung gerai supaya cakna dengan masalah yang dihadapi oleh keluarga Annisa dan Annur. Selain itu juga, kami membuat sedikit jualan demi menampung dana GOP kami.

 
Logo H 2 W

Aktiviti sepanjang pesta konvo yang lalu 

Cik Erme dan Cik Pengarah @ Cik Rina
Nampak keletihan mereka menjaga dan mempromosi barangan T.T

Comel kan? Hasil tangan Do It By Yourself oleh En.Wan

Ini buktinya. Ada bakat..ada bakat =="

Nak berniaga ni satu cabaran juga. Tambah-tambah lagi bagi kami semua selaku mahasiswa yang masih ada kelas yang perlu dihadiri. Jadual menjaga gerai perlu disusun dengan teliti supaya dapat menggunakan tenaga setiap ahli dengan optimum.

Sepanjang aktiviti ini, kami banyak belajar ilmu-ilmu keusahawanan yang tidak kami pelajari di dalam kelas pelajar-pelajar kejuruteraan. Bukan mudah. Perlukan promosi, kawasan stategik, barangan yang memenuhi permintaan pelanggan, pencahayaan yang bagus, keluar masuk duit, pembelian barangan jualan dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Sembang Miext '12