Selasa, 26 Jun 2012

Aktiviti kewangan : Jualan kertas-kertas terpakai

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk mencari dana GOP ke India dengan mengumpulkan kertas-kertas terpakai sekitar Kolej Tuanku Canselor, UTM. Walaupun hasilnya sedikit, tetapi berbaloi untuk menambah dana kewangan kami.

Ini logo yang telah di design cik Nafisah


Antara hasil yang dikumpulkan

Disebabkan aktiviti ini dijalankan ketika cuti semester I, tidak banyak hasil yang dapat kami usahakan. Untuk dapatkan hasil yang lebih lumayan, aktiviti ini haruslah dilakukan pada cuti semester II. Sebelum para mahasiswa mengakhiri peperiksaan akhir semester, aktiviti ini sudah boleh digerakkan. Sebaiknya kertas putih dan kertas bewarna diasingkan seawal pengumpulan untuk mengurangkan bebanan dikemudian hari. 

No pusat recycle di sekitar UTM, Skudai:
1. Uncle Siva : 016-7875281
2. Uncle Fook Loon : 016-7161718

Sebenarnya banyak lagi pusat recycle di sekitar Skudai, boleh la google dan sebenarnya juga, lebih untung kalau kalian mampu untuk hantar terus ke pusat-pusat recycle tanpa melalui orang tengah. Berbaloi-baloi. Sewa 1 van untuk 1 jam pun dah balik modal (kalau penuh satu van la. Hehehe).

Semoga berjaya kepada mereka yang mahu menjalankan aktiviti ini. Dalam kita berprogram, jangan gaduh-gaduh k. Sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan pastikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dijalankan sebaik mungkin. Jangan hanya pandai putar belit mencari alasan ye ^^.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Sembang Miext '12