Selasa, 26 Jun 2012

GOP ke India? Betul ni?

InsyaAllah, lagi beberapa hari kami akan ke India bulan julai ini dibawah rangka program Global Outreach (GOP). Setiap kali ana menyatakan GOP kami akan ke India, semua orang akan bertanya semula. Kenapa mesti India? Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang lebih hebat dan lebih seronok berbanding India. Kalau diletakkan dalam senarai pemilihan tempat perlancongan, ia adalah pilihan-pilihan terakhir kebanyakan orang.

Digelar Big Toilet oleh sesetengah orang, menunjukkan bahawa ianya tempat yang kotor, berdebu, busuk dan hancing. Di sana sini boleh lihat orang melepaskan hajat (baca: buang air besar dan kecil --> tak faham buat-buat faham) di tepi-tepi dinding bangunan, di bawah rimbunan pokok dan di tepi jalan. Malah dengan tabiat membunyikan hon dan dengan kepadatan manusia yang tinggi menjadikan ianya sesak, bingit lagi merimaskan. Usahlah terbuai dan asyik dengan cerita hindustan yang menjadi tontonan sedang realiti jauh dan amat berbeza dari anganan.

Jujur kata, seram sejuk dan takut untuk ke sana. Seorang yang pembersih, sukakan kedamaian mahu ke kota yang kotor dan sesak disana selama 14 hari? Woo woo woo...boleh bertahan ke nanti? Ayuhlah kita berfikir secara positif. Jika niat untuk ke sana kita betulkan..insyaAllah banyak benda boleh kami belajar. Jika niat hanya untuk melancong dan bertemu Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, tak kemana la. = =" (macam la jumpa. Huhu).

Universiti Teknologi Malaysia digelar Universiti Tarbiyyah Malaysia. Manakala India pula digelar Universiti Kemanusiaan Terhebat Dunia. Kemiskinan yang tidak tersembunyi dan pengemis tanpa lakonan  namun disampingnya juga ada masyarakat yang bermegah dengan harta melimpah ruah. Perbezaan jurang yang begitu ketara sekali di dalam masyarakatnya.

Doakan kami yang hanya seramai 9 orang (2 orang lelaki SAHAJA) sentiasa sihat sepanjang keberadaan kami disana, selamat pergi dan selamat pulang. Sila jangan tempah kain sari segala bagai okey. Backpack je. Bukan bawa bagasi untuk melancong. Harap maklum.

Eh? Kene batang hidung ka? Pi ngaji paling kurang 1 muka surat pi~

Untuk ke India memerlukan anda mempunyai Visa
Di sebabkan kami berada di Johor
Kami uruskan sendiri di Bagunan Pan Global, Johor Bahru
Bagunan warna Biru berhampiran Persada 
Sila ikut langkah-langkah di sini --> Proses membuat visa
Kami tak guna mana-mana agensi perlancongan
SENDIRIAN BERHAD semuanya dan
dengan bantuan pelajar-pelajar Malaysia di sana
Moga-moga semuanya berjalan lancar dan dibawah lindungan Allah

Proses membuat visa ke India

1. Baca terma dan syarat-syarat di laman web ini
http://www.indiavisa.com.my/index.php

2. Kenal pasti jenis visa yang dipohon dan bayaran yang diperlukan.

3. Isi borang di sini
Salah isi, kene isi online semula.
Pastikan jenis visa padan dengan 'Period of Visa' dan 'No of entries'
Kalau pilih Tourist Visa, kene isi di bahagian 'Period of Visa' = 6 month
dan 'no of entries' = Double walaupun pergi untuk 2 minggu dan nak masuk sekali je

4. Print borang dan hantar ke India Visa Centre bersama passport, 2 keping gambar berukuran 2"x2" dan duit bayaran mengikut jenis passport
 Ada 3 cawangan je untuk buat visa ni.

KUALA LUMPUR
G-01, Ground Floor,
Straits Trading Building, 
No. 2, Lebuh Pasar Besar, 
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692

PENANG
No. 105, Lebuh Chulia,
10200 Penang, Malaysia.
Tel. No: 006 04 250 5000
Fax: 006 04 250 5002

JOHOR
Suite 325, 3rd Floor,
Pan Global Plaza,
Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Malaysia.
Tel. No: 006 07 222 3325
Fax: 006 07 222 0325

5. Selepas 4 hari bekerja boleh ambil visa yang telah siap ^^

Sekian. Terima Kasih ^^

Aktiviti kewangan : Tender melukis mural

Ini aktiviti paling seronok bagi dan santai bagi kami ahli kumpulan. Daripada tak berapa pandai melukis, lama-lama menjadi pro. Ini hasil pertama kumpulan kami : http://miext.blogspot.com/2012/03/aktiviti-mural.html

Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan tugasan kami di 7 tempat berikut:
1. Pasti Siswa 1
2. Pasti Siswa 2
3. Pasti Siswa 3
4. Pasti Siswa 4
5. Pasti Ar-Rahman 2
6. Pasti Ar-Rahman 3
7. SK Seri Pulai

Jom tengok kegembiraan mereka: 

Cik Fatimah, Cik Rina dan Cik Nadhirah

En Zaki

Adik-adik Pasti yang teruja bersama

Cik Ika Dewi, Cik Aida dan Cik Zaleha

En Wan

Cik Nafisah dan Cik Rina

Aktiviti kewangan: Jualan di pesta konvo

Kami menyahut dan menyokong kempen Hope 2 Walk untuk tabung harapan bagi adik Annisa dan adik Annur semasa di jualan pesta konvo yang lalu. Disamping mengutip derma, kami mewar-warkan kepada pengunjung gerai supaya cakna dengan masalah yang dihadapi oleh keluarga Annisa dan Annur. Selain itu juga, kami membuat sedikit jualan demi menampung dana GOP kami.

 
Logo H 2 W

Aktiviti sepanjang pesta konvo yang lalu 

Cik Erme dan Cik Pengarah @ Cik Rina
Nampak keletihan mereka menjaga dan mempromosi barangan T.T

Comel kan? Hasil tangan Do It By Yourself oleh En.Wan

Ini buktinya. Ada bakat..ada bakat =="

Nak berniaga ni satu cabaran juga. Tambah-tambah lagi bagi kami semua selaku mahasiswa yang masih ada kelas yang perlu dihadiri. Jadual menjaga gerai perlu disusun dengan teliti supaya dapat menggunakan tenaga setiap ahli dengan optimum.

Sepanjang aktiviti ini, kami banyak belajar ilmu-ilmu keusahawanan yang tidak kami pelajari di dalam kelas pelajar-pelajar kejuruteraan. Bukan mudah. Perlukan promosi, kawasan stategik, barangan yang memenuhi permintaan pelanggan, pencahayaan yang bagus, keluar masuk duit, pembelian barangan jualan dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Aktiviti kewangan : Jualan kertas-kertas terpakai

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk mencari dana GOP ke India dengan mengumpulkan kertas-kertas terpakai sekitar Kolej Tuanku Canselor, UTM. Walaupun hasilnya sedikit, tetapi berbaloi untuk menambah dana kewangan kami.

Ini logo yang telah di design cik Nafisah


Antara hasil yang dikumpulkan

Disebabkan aktiviti ini dijalankan ketika cuti semester I, tidak banyak hasil yang dapat kami usahakan. Untuk dapatkan hasil yang lebih lumayan, aktiviti ini haruslah dilakukan pada cuti semester II. Sebelum para mahasiswa mengakhiri peperiksaan akhir semester, aktiviti ini sudah boleh digerakkan. Sebaiknya kertas putih dan kertas bewarna diasingkan seawal pengumpulan untuk mengurangkan bebanan dikemudian hari. 

No pusat recycle di sekitar UTM, Skudai:
1. Uncle Siva : 016-7875281
2. Uncle Fook Loon : 016-7161718

Sebenarnya banyak lagi pusat recycle di sekitar Skudai, boleh la google dan sebenarnya juga, lebih untung kalau kalian mampu untuk hantar terus ke pusat-pusat recycle tanpa melalui orang tengah. Berbaloi-baloi. Sewa 1 van untuk 1 jam pun dah balik modal (kalau penuh satu van la. Hehehe).

Semoga berjaya kepada mereka yang mahu menjalankan aktiviti ini. Dalam kita berprogram, jangan gaduh-gaduh k. Sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan pastikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dijalankan sebaik mungkin. Jangan hanya pandai putar belit mencari alasan ye ^^.

Sekian terima kasih.

Khamis, 1 Mac 2012

Penggerak awal MIEXT

::Penggerak awal MIEXT 12::

Bersama kami berusaha~

Nama: Cik Rina Binti Anuar
Kos: Kejuruteraan Elektrik Elektronik
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: AE080046
Tarikh Lahir: 19-02-1989
Asal: Selangor
Emel: rinaqo3@gmail.com
Facebook: Rina Anuar






Nama: Cik Nadhirah Baharuddin
Kos: Akaun
Faculti: Faculti Pengurusan dan Pembagunan Sumber Manusia (FPPSM)
No Matrik: AH090189
Tarikh Lahir: 23-05-1990
Asal: Johor
Emel: azraq_nadz@yahoo.com.my
Facebook: Nami Chan




Nama: Cik Nursuriani Bt Md Salleh
Kos: Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: BE090089
Tarikh Lahir: 24-03-1988
Asal: Pulau Pinang
Emel: anis152003@yahoo.com
Facebook: Suriani Salleh


Nama: En Mohamad Amzatul Aqmal B Mohd Jupri
Kos: Kejuruteraan Elektrik Elektronik
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: AE080027
Tarikh Lahir: 06-12-1989
Asal: Melaka
Emel: giant.1989@yahoo.com
Facebook: Mohamad Amzatul





Nama: En Muhammad Adlan B Izam
Kos: Kejuruteraan Elektrik Elektronik
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: AE080032
Tarikh Lahir: 18-09-1989
Asal: Kuala Lumpur
Emel: adlan_izam@yahoo.com
Facebook: Adlan Izam





Nama: En Mohd Ridzuan B Johary
Kos: Kejuruteraan Elektri Mikroelektronik
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: BE090130
Tarikh Lahir: 08-12-1988
Asal: Johor
Emel: mr_ridz@yahoo.com
Facebook: Mohd Ridzuan Johary




Nama: En Ahmad Zaki B Amir Hamzah
Kos: Kejuruteraan Mekanikal Bahan
Faculti: Faculti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
No Matrik: BM090009
Tarikh Lahir: 16-08-1988
Asal: Pulau Pinang
Emel: ahmadzaki168@gmail.com
Facebook: AhmadZaki AmirHamzah






Nama: Cik Sayyidah Naffisah Bt Mohd Jasni
Kos: Kejuruteraan Elektrik Mikroelektronik
Faculti: Faculti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
No Matrik: AE080077
Tarikh Lahir: 30-03-1989
Asal: Perak
Emel: snaffisah2@live.utm.my
Facebook: Sayyidah Nafisah

Organisasi

Kumpulan kami memiliki ahli-ahli yang begitu mantap iaitu:

Ketua Admin dan Pengurusan (CAM)
Penguruskan keluar masuk dalam dan luar negara, memantau tugasan ahli, merancang jadual dan perjalanan, berhubung dengan universiti, menempah tiket kapal terbang.

Pengurus Kewangan dan Penajaan (FCS)
Nadhirah Baharuddin (Bendahari), Suriani SallehMohamad AmzatulAdlan Izam  (Kumpulan penajaan dan aktiviti)
Menguruskan bajet program (mengawal keluar masuk duit), merancang dan mencari penaja utama.


Inovasi IT and Pengiklanan (IITC)
Mereka bentuk dan mempromosi program melalui media.

Strategi dan Data dalaman utama
Membantu sistem CAM, FCS dan IITC


~Bekerjasama dalam kumpulan ^^~

Sembang Miext '12