Khamis, 1 Mac 2012

Misi

::Misi Kami::



1. Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia 

2. Membawa klip video yang mengandungi teknologi terkini Malaysia melalui UTM sepanjang perjalanan bermula di Bangalore dan berakhir di Delhi untuk berkongsi dengan penduduk India tentang inovasi teknologi yang berlangsung di Malaysia 

3. Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang suasana pembelajaran, kaedah eksperimen, polisi dan nilai-nilai profesional yang diamalkan oleh pelajar dan pensyarah di universiti bertaraf antarabangsa

4. Penerapan nilai pembelajaran melalui pengalaman, tanggungjawab sivik dan kerjasama berkumpulan bagi melahirkan individu yang lebih bersahsiah 

5. Menjana pemikiran global dan berkekepimpinan antarabangsa di kalangan siswa siswi melalui perkongsian ilmu menerusi lawatan pembelajaran ilmiah di universiti-universiti terpilih di Mumbai dan Kanpur, India dan syarikat-syarikat di Hyderabad dan Bangalore, India.

6. Mewujudkan peluang untuk mahasiswa menghadapi situasi pertembungan budaya (cross-culture) supaya tidak berlakunya kejutan budaya apabila disuntik dengan budaya baru ketika memasuki alam perkerjaan kelak dan dapat mengekalkan budaya-budaya murni yang sedia ada

Tiada ulasan:

Sembang Miext '12